Senin, 27 Januari 2014

Kebenaran Al-Quran misteri binaan piramid terjawab


Sudah sekian lama para saintis kebingungan tentang bagaimana sebuah piramid yang merupakan salah satu binaan ajaib di dunia ini dibina. Terdapat pelbagai teori yang dikemukakan untuk mengetahui teknologi yang digunakan dalam pembinaan piramid ini kerana teknologi untuk mengangkat batu-batuan besar yang beratnya mencapai ribuan kilogram ke puncak bangunan belum memungkinkan di zamannya. Apakah rahsia di sebalik pembinaan piramid ini?

Akhbar Amerika Times edisi 1 Disember 2006, telah menyiarkan satu berita saintifik yang mengesahkan bahawa Firaun telah menggunakan tanah liat untuk membina piramid. Menurut kajian tersebut, disebutkan bahawa batu yang digunakan untuk membuat piramid adalah dari tanah liat yang dipanaskan sehingga membentuk batuan keras yang sukar dibezakan dengan batu asalnya.

Al-Quran Telah pun Mempunyai Jawapan

Jika dikaji lebih mendalam, ternyata Al-Quran telah mendedahkan perkara ini 1400 tahun sebelum kajian saintifik dijalankan. Perhatikan sebuah ayat Al Quran yang berikut:

وَقَالَ فِرْعَوْنُ يَا أَيُّهَا الْمَلَأُ مَا عَلِمْتُ لَكُمْ مِنْ إِلَهٍ غَيْرِي فَأَوْقِدْ لِي يَا هَامَانُ عَلَى الطِّينِ فَاجْعَلْ لِي صَرْحًا لَعَلِّي أَطَّلِعُ إِلَى إِلَهِ مُوسَى وَإِنِّي لَأَظُنُّهُ مِنَ الْكَاذِبِينَ

“Dan berkata Fir’aun: ‘Hai pembesar kaumku, aku tidak mengetahui Tuhan bagimu selain aku. Maka bakarlah Hai Haman untukku TANAH LIAT kemudian buatkanlah untukku bangunan yang tinggi supaya aku dapat naik melihat Tuhan Musa, dan sesungguhnya aku benar-benar yakin bahawa Dia dari orang-orang pendusta.”
(Al-Qasas: 38)

Para saintis mengatakan bahawa Firaun mahir di dalam bidang ilmu kimia dalam menguruskan tanah liat sehingga menjadi batu. Teknik yang mereka gunakan adalah sangat misteri jika dilihat dari kodifikasi nombor di batu yang mereka tinggalkan.

Profesor Gilles Hug, dan Dr. Michel Barsoum menegaskan bahawa Piramid yang paling besar di Giza, dibuat dari dua jenis batuan yang terdiri dari batu semula jadi dan batu-batu yang dibuat secara manual hasil dari olahan tanah liat.

Artikel kajian yang diterbitkan oleh majalah “Journal of the American Ceramic Society” menegaskan bahawa Firaun menggunakan tanah jenis slurry untuk membina monumen yang tinggi, termasuk piramid. Kerana tidak mungkin bagi seseorang untuk mengangkat batu berat ribuan kilogram. Sebaliknya pada dasar piramid, Firaun menggunakan batu semula jadi.

Lumpur tersebut merupakan campuran lumpur kapur yang dipanaskan dengan wap air garam dan ini akan menghasilkan wap air sehingga terbentuknya campuran tanah liat. Kemudian olahan itu dituangkan ke dalam tempat yang disediakan di dinding piramid. Ringkasnya lumpur yang sudah diadun mengikut saiz yang dikehendaki tersebut dibakar, lalu diletakkan di tempat yang sudah disediakan di dinding piramid.  Gambar – Gilles Hug (duduk kiri) dan Dr. Michel Barsoum (berdiri)


Profesor Davidovits

Profesor Davidovits telah mengambil sampel batu piramid yang terbesar untuk dilakukan analisis dengan menggunakan mikroskop elektron terhadap batu tersebut. Hasilnya, Davidovits menegaskan bahawa batu itu diperbuat dari lumpur. Selama ini, tanpa penggunaan mikroskop elektron, ahli geologi belum mampu untuk membezakan antara batu alam dengan batu buatan manusia.

Sebelumnya, seorang saintis Belgium, Guy Demortier, telah bertahun-tahun mencari jawapan dari pembuatan batu besar di puncak-puncak piramid. Guy Demortier berkata, “Setelah bertahun-tahun melakukan penyelidikan dan kajian, sekarang barulah saya yakin bahawa piramid yang terletak di Mesir diperbuat dengan menggunakan tanah liat.”



Piramid Bosnia


Penemuan oleh Dr Perancis Joseph Davidovits ini adalah hasil kajian yang memakan masa kira-kira dua puluh tahun. Sebuah kajian yang begitu lama terhadap piramid Bosnia, “Piramid Matahari” dan menjelaskan bahawa batu-batunya diperbuat dari tanah liat. Ini memperkuatkan lagi bahawa kaedah ini tersebar luas di masa lalu.


Gambar di atas menunjukkan kaedah tuangan batu berasal dari tanah liat telah dikenali sejak ribuan tahun yang lalu dalam tamadun yang berbeza baik Rom ataupun Firaun.


Bukti-bukti dari kajian menunjukkan kepada kita semua bahawa bangunan bangunan raksasa, patung-patung raksasa dan tiang-tiang yang ditemui dalam tamadun canggih zaman dahulu, juga dibina dari tanah liat. Al-Quran adalah kitab pertama yang mendedahkan rahsia bangunan piramid, bukan para Ilmuwan Amerika, mahupun Perancis.

Kita tahu bahawa Nabi saw tidak pernah pergi ke Mesir dan tidak pernah melihat piramid, bahkan mungkin tidak pernah mendengar tentangnya. Kisah Firaun, terjadi sebelum masa hidupnya Nabi saw ribuan tahun yang lalu, dan tidak ada satu pun di muka bumi ini pada masa itu yang mengetahui tentang rahsia piramid. Sebelum ini, para saintis tidak pasti bahawa Firaun menggunakan tanah liat yang dipanaskan untuk membina monumen tinggi kecuali beberapa tahun kebelakangan ini.

Ajaib, 1400 tahun yang lampau, Nabi Muhammad saw, beratus tahun selepas berakhirnya Dinasti Firaun memberitahu bahawa Firaun membina monumen yang kini dikenali sebagai Piramid menggunakan tanah liat.

Kenyataan ini sangat jelas dan kuat untuk membuktikan bahawa Nabi Muhammad saw tidaklah berbicara mengikut hawa nafsunya melainkan petunjuk dari Allah swt yang menciptakan Firaun dan menenggelamkannya, dan Dia pula yang menyelamatkan nabi Musa. Dan Dia pula yang memberitahu kepada Nabi terakhir-Nya akan hakikat ilmiah ini, dan ayat ini menjadi saksi kebenaran kenabiannya di kemudian hari. 

Wallahu’alam….

Sumber:
http://bm.harakahdaily.net/index.php/terbaik-dari-blog/21798-kebenaran-al-quran-misteri-binaan-piramid-terjawab

[SELENGKAPNYA]

Rabu, 22 Januari 2014

Gambaran Hari Akhirat...Maha Suci ALLAH

Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

✐Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

✐Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

✐Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

✐Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

✐Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

✐Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

✐Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

✐Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

✐Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

✐Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
ⅰ- Pemimpin yang adil.
ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".
ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

✐Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

✐Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

✐Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.

✐'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

✐Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

✐Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah /Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.

✐Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

✐Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

✐Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

✐Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

✐Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

✐Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

✐Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.

✐Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

✐Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :
ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka. (Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

✐Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

✐Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

✐Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang xdapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

✐Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞
membaca dgan airmata yg menitis..
ALLAH'UAKHBAR ....!!!!

[SELENGKAPNYA]

Sabtu, 18 Januari 2014

Misteri Bayi Berwajah Hodoh Di New York


NEW YORK - Satu bayi robot yang dikawal dengan menggunakan alat kawalan jauh yang diletakkan di dalam sebuah kereta sorong telah membuatkan beberapa orang pejalan kaki berasa terkejut dan takut di sini, lapor akhbar New York Daily News semalam.

Bayi itu akan mengeluarkan suara termasuk muntah apabila terdapat seseorang yang mendekati serta memeriksa kereta sorong tersebut.

Kereta sorong itu diletakkan di laluan pejalan kaki di sini.

Rakaman video yang menunjukkan reaksi takut beberapa orang yang mendekati kereta sorong berkenaan telah disiarkan di laman YouTube.

Tujuan bayi robot itu yang menakutkan orang ramai itu dibuat sebenarnya adalah bagi mempromosikan filem Devil's Due yang akan ditayangkan Jumaat ini. - Agensi

Video:



Rahsia Produk Digital
[SELENGKAPNYA]

Kamis, 16 Januari 2014

Cubaan Gadis Ternoda Membunuh Diri

PETALING JAYA – Seorang penuntut perempuan sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di sini, cuba membunuh diri dengan terjun dari tingkat lima sebuah bangunan pasar di Seksyen 14, di sini, selepas dipercayai dirogol pagi semalam.

Difahamkan, dalam kejadian jam 7 pagi itu, mangsa yang berumur 24 tahun itu dipercayai dirogol di tempat lain sebelum dia mengayuh basikalnya ke lokasi kejadian untuk membunuh diri.

Pengawal keselamatan di bangunan berkenaan yang mahu dikenali sebagai Hamdi, 30-an, berkata, ketika sedang berkawal, dia ternampak mangsa meletakkan basikalnya di kawasan belakang pasar itu dan menyangka mangsa hendak berjoging.

"Namun, selepas meronda di tingkat bawah, saya naik ke tingkat lima dan terkejut selepas ternampak wanita sama duduk di atas tembok dan bersedia untuk terjun.

"Apabila saya cuba menghalang, wanita itu mula menangis sebelum menjerit agar saya tidak mendekatinya," katanya.

Menurutnya, apabila dia berlari untuk mendapatkan bantuan, dia mendengar bunyi dentuman kuat di tingkat bawah dan ketika itu didapati wanita sama sudah tidak sedarkan diri.

Katanya, dia kemudian memaklumkan kejadian itu kepada polis.

"Wanita yang cedera itu kemudian dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan lanjut," katanya.

Menurut sumber, berdasarkan pemeriksaan doktor, ada kesan koyakan pada kemaluan mangsa yang kemungkinan mengesahkan mangsa dirogol.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi mengesahkan kes berkenaan dan berkenaan wanita itu kini berada dalam keadaan stabil.

p/s: Jangan ikuti bisikan syaitan

[SELENGKAPNYA]

Zakuan terkulai dalam pelukan pontianak

Zakuan memang terkenal dengan sikapnya yang suka berfoya foya. Walaupun dia masih menuntut, namun dia ligat keluar berhibur dipusat pusat hiburan bersama kawan kawannya. Telah banyak gadis yang telah dikecewankannya. Malah Zakuan pernah merosakkan beberapa orang gadis yang keluar dengannya.

Nama Zakuan sering meniti bibir setiap gadis. Semua gadis dikolejnya ingin berdampingan dengan Zakuan, meskipun mereka tahu, Zakuan hanya suka berfoya foya.

Peperiksaan semestar telah pun berakhir. Zakuan memang merancan untuk berfoya foya dengan teman wanitanya dipusat pusat hiburan selepas agak lama dia terkurung mengulangkaji pelajaran.

Malam itu, Zakuan telah berjanji dengan Erni untuk berhibur dipusat kegemaran Zakuan. Erni bukanlah gadis pertama yang dikenali Zakuan. Sudah banyak gadis yang 'rosak' gara gara sikap Zakuan yang suka mengambil kesempatan diatas kelemahan kaum hawa. Zakuan bercadang untuk meniduri Erni pada malam itu. Tapi malangnya Erni membatalkan 'datenya' dengan Zakuan kerana terpaksa pulang ke kampung.

Walaupun agak hampa, Zakuan gagahkan juga untuk bersiar siar seorang diri ditengah tengah kepekatan malam.

"Bosannya malam ni. Tak tahu nak buat apa," rungut Zakuan. Jam sudah menunjukkan ke angka 2 pagi. Setelah jemu ronda ronda sambil menikmati keindahan ibu kota yang bermandikan cahaya lampu, Zakuan menga,bil keputusan untuk pulang sahaja kerumah.

Samnbil mendengar alunan muzik, Zakuan berkira kira mengajak teman wanitanya yang lain untuk diajak keluar pada malam esoknya. Sedang asyik memandu, Zakuan terpandang seorang gadis cantik menahan keretanya.

"Ini sudah bagus. Macam mata mengantuk disorongkan bantal pulak," bisik hati kecil Zakuan.

"Abang boleh tumpangkan saya tak. Saya terlepas bas. Tolonglah saya abang," rayu gadis itu.

"Boleh apa salahnya. Cepatlah naik. Lagipun hari nak hujan. Nanti kalau kena hujan, demam pula."

Zakuan sempat menjeling pada gadis itu.

Wah, seksi jugak gadisni. Hmmm... ada peluang lah aku 'makan besar' malam ni, Zakuan mula terfikir niat jahatnya.

"SAudari ni dari mana sebernarnya. Tak takut ke keluar sorang sorang macam ni."

"Saya dari kelas tuisyen. Tapi saya keluar agak lewat malam ni. Sebab tu saya terlepas bus. Nasib baik ada abang," jeling gadis itu kearah Zakuan.

Emmm...ini sudah bagus. Respon baik nampaknya awek sorang ni.

Mungkin kerana terlalu letih, gadis itu terlena di sebelah Zakuan. Mata Zakuan liar memerhatikan batang tubuh gadis itu.

Kalau aku dapat awek ni, memang bagus. Zakuan mula mengatur strategi untuk meperdayakan gadis itu.

Pelan pelan, tangannnya mula merayap diatas paha gadis itu. Gadis itu tiba tiba tersedar dari tidurnya. Anehmya, gadis itu tidak membantah. Sebaliknya tersenyum memandang Zakuan.

Zakuan pun apa lagi, mulalah menjalankan operasinya untuk terus mengoda gadis itu supaya dapat meragut kesucian gadis itu.

Setiap tindakan Zakuan pasti akan dibalas oleh gadis itu dengan rakus, serakus Zakuan. Kerana tidak dapat mengawal kenderaannya dengan baik, Zakuan telah mengambil keputusan untuk berhenti ditepi sebuah lorong untuk memuaskan nafsunya bersama gadis itu.

Entah bagaimana tiba tiba marasakan rangkulan gadis itu semakin kasar. Lehernya dirasakan seperti ditusuk benda tajam. tiba tiba Zakuan terbau hanyir darah. Zakuan cuka meleraikan rangkulan gadis itu dari tubuhnya namun dia gagal.

Zakuan agak kehairanan kerana kekuatan gadis tu amat luarbiasa. Mustahil seorang gadis mempu mengalah kekuatan seorang lelaki.

Pelukan gadis itu semakin melemaskan Zakuan. Zakuan seolah olah sesak nafas. Tiba tiba Zakuan merasakan ada darah segar mengalir dari lehernya. Gadis yang cuba diperdaya oleh Zakuan itu bertukar wajah ,enjadi hodoh. Kulitnya menggerutu dan mengeluarkan lendir yang meloyakan tekak.

Gadis itu ketawa menggilai, membuatkan bulu roma Zakuan tegak berdiri. Zakuan ketakutan. Dia tidak tahu apa yang perlu dilakukan saat itu. Hendak minta tolong, siapa yang akan lau dilorong gelap itu, pada malam malam buta begitu.

Zakuan tidak mampu melarikan diri dari cengkaman makhluk hodoh itu. Saat itu, Zakuan hanya mampu berserah pada tuhan. Zakuan mula menyesali kelakuannya selama ini yang suka memperdayakan golongan wanita.

Bau busuk dari tubuh dan wajah makhluk itu mebuat Zakuan hampir termuntah. Zakuan cuba menjerit meminta tolong. Namun dia dapat merasakan suaranya seolah olah tersekat dikerongkong.

Dalam keadan penat itu Zakuan sempat membaca beberapa ayat ayat suci Al-Quran yang masih diingatinya. Tiba tiba zakuan rasakan pandangan nya semakin kelam. Zakuan semakin sukar untuk bernafas. Selepas itu Zakuan langsung tidak ingat apa apa lagi.

Apabila Zakuan membuka matanya, dia dikelinglingi oleh kedua ibu bapanya dan sahabat handai. Menurut ibunya, Zakuan ditemui pengsan didalam kereta oleh pemandu yang lalu dikawasan itu.

Zakuan pengsan selama 3 hari. Selepas dibenarkan keluar dari hospital, Zakuan berazam untuk mengubah cara hidupnya. Dia berazam untuk tidak lagi memperdayakan kaum wanita. Zakuan menanam tekad untuk memulakan hidup baru selepas pengalaman seram dan ngeri yang dialaminya.

[SELENGKAPNYA]
 

Jadikan setiap hal yang terjadi disekitarmu menjadi suatu hal yang menarik untuk di ceritakan